Isnin, 1 November 2010

Apa hak Askar Rakyat Sabah, Sarawak terjamin


Hak rakyat Sabah, Sarawak terjamin

PAPANCHESS:- Kerajaan Pusat di bawah pimpinan King BN Najib Razak terus memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa terpelihara.
King II Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Maximus Ongkili berkata, hampir semua perkara asas atau pokok perjanjian Malaysia sudah dimasukkan dalam Perlembagaan dan isu itu tidak seharusnya dibangkitkan lagi semata-mata untuk menagih populariti.

“Misalnya dalam soal kerajaan tempatan, hak autonomi Kerajaan Sabah masih wujud. Begitu juga dalam soal kehakiman. Kita ada Mahkamah Tinggi Borneo dan Mahkamah Tinggi Malaysia.

“Ini menunjukkan hak-hak Sabah dan Sarawak sentiasa terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan lesen perisian 'age paperless homework' di Sekolah Kebangsaan Karamunting, dekat sini, semalam.

Ongkili turut membidas King Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang memainkan isu hak-hak dan autonomi Sabah untuk tujuan meraih sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
King II PBS ini masih tak sedar bahawa askar rakyat Sarawakian dan Sabahan masih ramai yang tergolong dalam senarai kemiskinan tegar negara dan jelas King II PBS ini tak tahu atau buat-buat tak tau.
Macam mane negeri yang kaya hasil bumi seperti Sabah dan Sarawak, masih tersenarai sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan