Ahad, 27 November 2011

Livestreaming Liverpool Vs manchester city




Di atas kertas Manchester city mungkin mampu mendadik dada terlebih dahulu, apa pun liverpool masih mampu menghadiahkan kekalahan pertama kepada Manchester city di anfield malam ini.
Ramalan saya Liverpool 3 Manchester city 2

Sabtu, 26 November 2011

livestreaming Manchester united Vs Newcastle United

Team manakah yang benar-benar bersatu@united, hanya team yang menang sahaja layak di gelar united. sama-sama kita nantikan saksikan team mana yang melangkah masuk dan keluar padang dengan penuh bergaya..MU 3 NU 2

Selasa, 1 November 2011

Liga juara-juara Europa

Sebut sahaja pasal bola hampir semua livestreaming mampu anda tonton secara percuma di sini, tanpa bayaran. Jadi jangan risau kalau takde astro, walaupun blog ini tak update.

Rabu, 26 Oktober 2011

Simoncelli Jatuh ketika di usung petugas Litar

Detik-detik yang mencemaskan di litar sepang ini pasti mengundang pelbagai andaian dari pelbagai pihak. siapa nak jawab ini?, yang pasti ianya mengecewakan ramai orang lebih-lebih lagi pihak luar mesti mempertikaikan apa yang terjadi ini.

Ahad, 23 Oktober 2011

Manchester United Vs Manchester City

Mungkinkah ini jadi rebutan kedua-dua pasukan Malam ini muahahaha..:))
Bertembungan yang di nanti-nantikan peminat kedua-dua pasukan, mungkin juga di nanti-nantikan peminat EPL. Mampukah MANu Menewaskan City di halaman sendiri. Di atas kertas ramai mengatakan Manu adalah satu-satu nya pasukan yang mampu melakukan apa saja untuk menewaskan setiap pasukan di EPL. Namun City bukanlah pasukan yang mudah di ratah,seperti musim-musim yang lalu. Ada juga pendapat setengah pihak satu-satu nya pasukan yang boleh mencabar kejuaraan musim ini adalah Manchester City. Bagi saya Mancester City 2 Manu 1. Apa-apa pun di harap kita dapat menyaksikan persembahan yang bermutu dari kedua-dua pasukan, untuk menampilkan semangat kesukanan yang tinggi. agar tidak ada aksi yang terlampau panas yang boleh menganggu rentak pemainan kedua-dua pasukan..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Muammar Gaddafi Meninggal Dunia

Setelah beberapa bulan berjuang untuk menyelamatkan diri dan kuasa,akhir nya. King of Libya@Muammar Gaddafi menghembuskan nafas nya yang terakhir di hujung senapang pemberontak yg di sokong oleh NATO. Mungkin amat sukar bagi para penyokong beliau menerima hakikat yg pemimpin mereka telah pun tiada. Namun bagi penyokong pemberontak ianya adalah kemenangan yang amat bermakna,mungkinkah apa yang mereka harapkan akan tercapai dengan ada nya pemimpin yang baru di Lybia, Yang jelas harta berbillion-billion milik keluarga Gaddafi tidak mampu menyelamatkan beliau dan keluarga..

Isnin, 10 Oktober 2011

Liverpool Vs Manchester United

Perlawanan yang setiap di nanti-nantikan peminat kedua-dua pasukan.. di atas kertas Manchester sentiasa jadi pilihan apa-apa pun boleh berlaku di atas padang walaupun liverpool masih tercari-cari rentak sebenar permainan mereka..

Jumaat, 16 September 2011

16/9 dan 31/57 di gabungankan

Sejarah tercipta hari ini, apabila dua tarikh keramat di gabungkan.. ribuan askar satu malaysia dan juga askar rakyat berbilang kaum meraihkan sambutan yang amat bermakna bagi semua. Yang menarik nya semalam King of BN@ King of Umno Datuk Sri Najib telah pun berucap kepada seluruh negara bahawa ISA di mansuhkan. Lalu di sambut dengan bermacam-macam anggap oleh seluruh askar bawahan@askar rakyat, Namun yang menjadi persoalan berapa lama kah ia akan di mansuhkan dan apa plak yah mengantikan ISA. Namun bagi saya yang bagus nya tahun ini,kerajaan telah pun berjimat memandangkan takde nya pertunjukkan bunga api yang mungkin menelan paling takde pun ratusan ribu ringgit.. Apa yang penting di sini kerajaan telah cuba menyakinkan Askar rakyat di dua buah negeri di seberang laut cina selatan, bahawa mereka tidak di pinggirkan dengan memperingatkan tarikh 16/9. Tapi apa sangat lah kalau sekadar hanya memperingati, jika di bandingkan dengan permintaan yang masih lagi tidak di tunaikan.

Isnin, 12 September 2011

wow!!!.. woww!!..

Sudah lama tidak ke ladang
tinggi rumput dari lalang
sudah lama tidak ku datang untuk menggarang
muahahahahaha..xD