Isnin, 1 November 2010

Batu Sapi: PM lulus RM16j besar jalan Sibuga

Sebanyak RM16 juta diluluskan oleh King Umno@BN Najib Tun Razak hari ini bagi melaksanakan projek membesarkan Jalan Sibuga, yang kerap mendatangkan kerumitan kepada pengguna jalan raya itu, mulai tahun depan.
King II  Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Jeneral pembangunan infrastruktur negeri, berkata berikutan rungutan Askar Rakyat kawasan itu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong dalam kawasan parlimen Batu Sapi, beliau secara peribadi menghubungi Najib, yang juga Jeneral kewangan, pada jam 9.30 pagi tadi bagi meminta peruntukan untuk menaik taraf jalan sepanjang 2.75km itu.

"Perdana menteri terus meluluskan peruntukan RM16 juta dan meminta saya mengumumkannya hari ini.

"Kita akan membesarkan jalan laluan sehala itu kepada dua hala bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang sering berlaku di situ," katanya dalam satu sidang akhbar di Sandakan hari ini.

Menurut Pairin, jalan raya itu semakin sibuk dengan adanya lapan sekolah di sekitarnya, sebuah kompleks sukan, rumah warga tua, taman-taman perumahan dengan 5,000 unit rumah dan Institut Latihan Perindustrian.

Beliau juga berkata kerajaan negeri telah memberi peruntukan RM2.3 juta bagi kerja pembaikan dan penurapan 12 jalan kecil di sekitar Jalan Sibuga.
Adak sahaja projek mee segera bila ada pilihanraya, di harap Askar Rakyat Batu Sapi Bijak menentukan pilihan mereka. Begitu mahal sekali projek mee segera hingga sampai 16 juta untuk jalan yang tak sampai pun 3km, sedangkan berjalan kaki pun gua yakin ramai Askar Rakyat yang mampu melakukannya malahan ianya boleh di jadikan sebagai senaman harian untuk kesihatan.

Apa hak Askar Rakyat Sabah, Sarawak terjamin


Hak rakyat Sabah, Sarawak terjamin

PAPANCHESS:- Kerajaan Pusat di bawah pimpinan King BN Najib Razak terus memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa terpelihara.
King II Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Maximus Ongkili berkata, hampir semua perkara asas atau pokok perjanjian Malaysia sudah dimasukkan dalam Perlembagaan dan isu itu tidak seharusnya dibangkitkan lagi semata-mata untuk menagih populariti.

“Misalnya dalam soal kerajaan tempatan, hak autonomi Kerajaan Sabah masih wujud. Begitu juga dalam soal kehakiman. Kita ada Mahkamah Tinggi Borneo dan Mahkamah Tinggi Malaysia.

“Ini menunjukkan hak-hak Sabah dan Sarawak sentiasa terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan lesen perisian 'age paperless homework' di Sekolah Kebangsaan Karamunting, dekat sini, semalam.

Ongkili turut membidas King Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang memainkan isu hak-hak dan autonomi Sabah untuk tujuan meraih sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
King II PBS ini masih tak sedar bahawa askar rakyat Sarawakian dan Sabahan masih ramai yang tergolong dalam senarai kemiskinan tegar negara dan jelas King II PBS ini tak tahu atau buat-buat tak tau.
Macam mane negeri yang kaya hasil bumi seperti Sabah dan Sarawak, masih tersenarai sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.

Tanah Warisan Askar Orang Asli Tergadai Kerana Ladang Rakyat

GUA MUSANG: Dulunya, hutan sekeliling kampung adalah tempat Anjung a/l Singang memburu landak, memungut buah perah dan petai mahupun menangkap ikan kelah di anak sungai yang jernih airnya.

Hutan itu, yang ibarat syurga bagi Anjung, 40, dan lebih 40 penduduk kampung Orang Asli suku Temiar di Pos Hendrope, kini menanti musnah dek angkara pembangunan yang dilakukan atas nama Ladang Rakyat.

"Mereka (kerajaan PAS Kelantan) kata nak buat ladang rakyat sebab nak bantu Askar Orang Asli dan bagi RM200 sebulan, tetapi bukan semua kita yang terlibat, hanya seorang dua yang terpilih, yang lain semua orang luar.

"Begitukah mahu bantu rakyat, tanah kami tergadai, kawasan kami diceroboh akhir sekali kebajikan kami terabai," katanya kepada Bernama.

Katanya selama ini mereka amat dahagakan pembangunan dan selalu mengharapkan kerajaan PAS Kelantan turun padang untuk meninjau sendiri permasalahan mereka dengan lebih dekat.

Namun ia hanya tinggal harapan kerana pemimpin yang dipilih tidak pernah menjenguk muka, jauh sekali mengambil berat tentang permasalahan yang mereka hadapi ekoran pencerobohan hutan di kawasan tanah warisan mereka.

"Sudahlah tanah kami diceroboh, kebajikan kami juga tidak dijaga. Bekalan air dan elektrik yang kami dapatkan sekarang pun semuanya sebab bantuan kerajaan Pusat," katanya.

Bagi Kamal a/l Alek, 25, dari Pos Balar pula, perit sekali baginya membayangkan tiada lagi rimbunan buluh dan sumber hutan lain akibat berleluasanya kegiatan pembalakan di kawasan Lojing.

"Habis bukit-bukit diratakan, pokok-pokok hijau ditebang diganti dengan ladang kelapa sawit. Pokok-pokok buluh yang tumbuh meliar pun dipotong.

"Kalau habis pokok buluh selepas ini, kami nak (tarian) sewang pakai apa? Takkan nak guna kelapa sawit untuk buat sewang," katanya.

Menurutnya sejak ladang rakyat diperkenalkan, banyak tanah adat, tanah tradisi dan tanah kubur diteroka dengan rakus oleh "orang luar" bagi tujuan pembalakan dan ladang rakyat.

"Apabila kami tanya kenapa tanah kami diceroboh, pembalak bagi tahu mereka dah membelinya daripada kerajaan negeri.

"Habis...hak kami yang selama ini yang berpuluh tahun duduk di situ mana?

"Jadi kami berharap sangat kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat membantu memperjuangkan hak Orang Asli daripada terus teraniaya," katanya semasa lawatan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Tengku Razaleigh Hamzah di Pos Balar baru-baru ini.

Katanya kebanyakan pekerja ladang rakyat terdiri daripada Askar rakyat asing dan ini sekaligus menutup peluang pekerjaan kepada Askar Orang Asli terutama kalangan belia.

Sementara itu, bagi King@penghulu Pos Balar Long Busu, 80, sudah sampai masanya penerokaan hutan secara berluasa itu dihentikan segera oleh kerajaan PAS Kelantan.

Malah, katanya mereka wajar diberikan hak pemilikan tanah untuk mengekalkan tanah warisan serta tanah adat mereka sekaligus membolehkan mereka mewariskannya kepada generasi akan datang.

"Kita duduk di sini telah lama sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman lagi. Selama ini aman...nak cari buah hutan pun senang untuk makan.

"Tetapi keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Kalau berterusan tanah kami diganggu, lebih baik kami masuk hutan terus, anak-anak tidak payah sekolah, kami pun tidak payah undi sesiapa," katanya.

Pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamed dari PAS.

Kawasan pilihan raya itu mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke.
Bukan hanya askar-askar rakyat orang asli sahaja yang mengalami masalah macam ini. Askar-askar rakyat Sarawakian pun sedang berjuang untuk mendapatkan hakmilik tanah mereka dari BN, jadi tak perlu di bangkitkan isu yang Pas melakukan perkara ini terhadap perkampungan Askar orang Asli.
Kerabat BN pun sama,malah lebih teruk dari kerabat Pas dan sekutunya.

Sapi oh Batu Sapi


Kantoi lagi askar puteri Umno,Ternyatlah dunia IT dan kecanggihan telefon bimbit telah memberi manfaat untuk askar rakyat mencari bukti yang membolehkan sesiapa sahaja melakukan kesalahan di dakwa.
King SPRM dan jeneral yang berkuasa seharusnya tak perlu menunggu aduan dari askar rakyat. Terlalu sibukkah mereka sehingga takde masa melayari internet melihat perkembangan dunia IT di negara kita,atau sengaja mereka buat-buat tak tahu ada perkara begini berlaku.

Ahad, 31 Oktober 2010

Permintaan yg menarik

Askar rakyat Tua Minta Pemadam Api Daripada Wakil Rakyat Batu Sapi
SANDAKAN: Askar Rakyat tua hari ini melahirkan hasrat untuk meminta alat pemadam api bagi setiap rumah di kampungnya daripada wakil rakyat baru kawasan Parlimen Batu Sapi.
Askar rakyat Kassim Syed Omar Ali, 75, dari Kampung Bokara di sini berkata, rumahnya pernah musnah dalam satu kebakaran besar pada Oktober 1997.
Beliau berkata kedudukan rumah di kampung berkenaan, yang kebanyakan diperbuat daripada kayu, adalah terlalu hampir antara satu sama lain, dan keadaan ini akan memudahkannya dijilat api, sekiranya berlaku kebakaran.
"Saya merayu wakil rakyat baru memberi peruntukan kepada kampung kami supaya dapat dibekalkan alat pemadam api, dan latihan tentang bagaimana menggunakannya.
"Kalau kami tahu memadam api dengan cara yang betul dan cepat, kami tidak perlu menunggu bomba datang, dan kami juga dapat mengelak api daripada merebak ke rumah lain," katanya ketika ditemui semasa calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin melawat kampung itu, Ahad.Turut hadir Queen Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam insiden pada 1997 itu, lebih 200 rumah musnah selepas satu kebakaran berlaku, yang berpunca daripada dapur gas tidak diawasi di sebuah rumah.
Balai bomba terdekat pula terletak kira-kira 13 kilometer dari Kampung Bokara yang mempunyai lebih 1,000 rumah kayu.
Ditanya mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi yang akan berlangsung 4 Nov ini, Kassim berkata beliau berharap BN akan memenanginya sekali lagi.
Katanya, hanya BN mengetahui masalah rakyat dan mampu membela nasib mereka
Begitu mudahnya askar rakyat ini meminta sesuatu yang mungkin amat senang di laksanakan tapi gua yakin perkara ini hanya membuatkan konco-konco BN ketawa terbahak-bahak, memandangkan pemintaan itu sebenarnya boleh di minta sebelum ini. Kenapa nak tunggu masa mengundi, baru nak minta sedangkan Kerabat BN dah lama pun menerajui askar-askar Sabahan.. Gua rasa banyak lagi yang perlu di minta terutama keperluan lain yang lebih penting dari Pemadam Api.
Askar-askar Sabahan harus berfikiran bijak demi Sabah yang terus di label negeri yang masih ramai askar-askar rakyat yang miskin di Malaysia

Terjah di mana Sahaja ada orang

KEMPEN...Queen Penerangan Pergerakan Puteri Umno dari Bahagian Bachok, Zalizan Zakaria dan Jeneral Puteri Umno bahagian, Norhasni Mat Husin (dua dari kanan) memperkenalkan calon BN, Abdul Aziz Yusoff kepada penoreh getah, Hamidah Md Nor, 32 ketika berkempen di Kampung Batu papan pada Ahad
Sanggup meredah di mana-mana sahaja. Lumpur,pacat dan bau getah tak di endahkan asalkan dapat meraih undi dan sokongan askar-askar rakyat yang dahagakan pembangunan yang mampu merubahan  kehidupan mereka. Semoga askar-askar rakyat mampu menilai dan memilih bukan hanya kerana Calon anak tempatan tetapi apa perjuangan PArti untuk rakyat selama ini. Yang jelas BN harus di tolak ketepi kerana hanya tau menguntungkan konco-konco dan saudara mara sahaja berbanding askar-askar rakyat. Undilah dengan bijak berubah untuk kebaikkan rakyat bukan untuk kekayaan konco-konco sahaja.

Janji kosong pembangkang dan Barisan Nasional

SANDAKAN: King sabahan  Musa Aman semalam meminta pengundi di Parlimen Batu Sapi tidak mudah diperbodoh-bodohkan pembangkang yang menabur pelbagai dakyah palsu sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu. Katanya, pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) hanya tahu menyebarkan pelbagai fitnah dan pembohongan bertujuan mendapat sokongan pengundi.
“Apa yang mereka boleh beri kepada penduduk di sini. Air liur saja berbuih-buih (membuat pelbagai janji) tapi mereka sebenarnya tak mampu menunaikannya. Orang Sabah bijak dan tidak akan mudah diperbodoh-bodohkan,” katanya pada majlis perasmian Program Perumahan Rakyat Lupas Meluas oleh Timbalan King  Barisan Nasional,
Hadir sama, Timbalan Jeneral perumah, Datuk Seri Lajim Ukin dan calon Barisan Nasional (BN) di Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

King Sabahan,Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil BN Parlimen Batu Sapi turut mengulangi tidak akan melayan cabaran King  SAPP, Datuk Yong Teck Lee untuk mengadakan debat hari ini kerana menyifatkannya hanya membuang masa.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis ramah mesra penjawat awam bersama Timbalan King BN di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan, beliau berkata, kerajaan sentiasa menghargai sokongan pihak yang terbabit dalam membangunkan negeri ini.
“Kita bertuah kerana kerajaan negeri sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama baik daripada penjawat awam di daerah ini. Kita berharap usaha ini dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan pembangunan di daerah termasuk di Batu Sapi berjalan lancar,” katanya.
Bukan hanya kerabat pembangkang tak mampu menunaikan janji tapi kerabat BN pun sama, rakyat cuma nak melihat sejauh mana perubahan boleh berlaku jika pucuk pimpinan negeri bertukar.

Selasa, 26 Oktober 2010

hehehe

Test...test..testing... 1.2. 3. three tow one. hehehe..baru nak mula, jadi kena tunggu lama lagi.