Ahad, 31 Oktober 2010

Janji kosong pembangkang dan Barisan Nasional

SANDAKAN: King sabahan  Musa Aman semalam meminta pengundi di Parlimen Batu Sapi tidak mudah diperbodoh-bodohkan pembangkang yang menabur pelbagai dakyah palsu sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu. Katanya, pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) hanya tahu menyebarkan pelbagai fitnah dan pembohongan bertujuan mendapat sokongan pengundi.
“Apa yang mereka boleh beri kepada penduduk di sini. Air liur saja berbuih-buih (membuat pelbagai janji) tapi mereka sebenarnya tak mampu menunaikannya. Orang Sabah bijak dan tidak akan mudah diperbodoh-bodohkan,” katanya pada majlis perasmian Program Perumahan Rakyat Lupas Meluas oleh Timbalan King  Barisan Nasional,
Hadir sama, Timbalan Jeneral perumah, Datuk Seri Lajim Ukin dan calon Barisan Nasional (BN) di Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

King Sabahan,Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil BN Parlimen Batu Sapi turut mengulangi tidak akan melayan cabaran King  SAPP, Datuk Yong Teck Lee untuk mengadakan debat hari ini kerana menyifatkannya hanya membuang masa.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis ramah mesra penjawat awam bersama Timbalan King BN di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan, beliau berkata, kerajaan sentiasa menghargai sokongan pihak yang terbabit dalam membangunkan negeri ini.
“Kita bertuah kerana kerajaan negeri sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama baik daripada penjawat awam di daerah ini. Kita berharap usaha ini dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan pembangunan di daerah termasuk di Batu Sapi berjalan lancar,” katanya.
Bukan hanya kerabat pembangkang tak mampu menunaikan janji tapi kerabat BN pun sama, rakyat cuma nak melihat sejauh mana perubahan boleh berlaku jika pucuk pimpinan negeri bertukar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan